Jumaat, 18 Mac 2011

Mahasiswa IPT Prihatin dengan Mahasiswa Malaysia Di Mesir

PENULISAN SURAT PEMBACA
  
Pergolakan  politik yang berlaku di Mesir benar- benar telah membuka mata seluruh dunia, termasuklah Malaysia sendiri  turut merasakan pergolakan ini.Pergolakan yang berlaku dalam kalangan rakyat Mesir disebabkan  desakan rakyatnya sendiri yang mahukan pemerintahan Hosni Mubarak yang bercorakkan “kuku besi”dibubarkan dengan serta – merta dari pentadbiran  negara Mesir.Gelombang kebangkitan rakyat Mesir  bersuara melaungkan perletakan Hosni Mubarak terus berkumandang melalui demonstrasi di sepanjang jalan ibu kota  Kaherah Mesir. 
Sepanjang tempoh 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak, pelbagai isu yang telah timbul dalam negara Mesir antaranya, kadar kemiskinan di negara itu masih tinggi, harga makanan mengalami kenaikan  dan kadar pengangguran semasa pula mencapai hampair 10 peratus. Ini bermakna sepanjang pemerintahan Hosni Mubarak, rakyatnya tidak diambil peduli,tiada pembelaan, sehingga kegelisahan rakyatnya dimanifestasikan melalui demonstrasi massa.
Perbuburan Hosni Mubarak dalam pemerintahannya di Mesir, turut disuarakan oleh seorang tokoh ulam dan sarjana Islam tersohor Mesir iaitu, Dr.Yusuf al-Qardawi meminta pemimpin Mesir tersebut melepaskan jawatannya demi menyelamatkan Mesir daripada terus berada dalam kancah pergolakan.
            Sepanjang perberontakan berlaku di Mesir,rata-ratanya rakyat  asing yang berada di Mesir telah dihantar pulang oleh kerajaannya masing- masing dengan menaiki kapal terbang dari kerajaan mereka. Kerajaan Amerika Syarikat dan China memulakan dahulu  operasi menghantar pulang rakyatnya sendiri dengan kapal terbang milik mereka.Kerajaan Malaysia turut mengikut jejak langkah negara lain iaitu dengan menjalankan operasi mengeluarkan rakyat Malaysia yang berjumlah  11,319 orang  untuk dibawa  pulang ke Malaysia demi keselamatan nyawa .
            Rata- ratanya rakyat Malaysia yang tinggal di Mesir terdiri daripada  penuntut-penuntut dari beberapa Universiti terkemuka di Mesir seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Cairo, Universiti Mansoura,Universiti Ain Shams, Universiti Iskandariah, Univeristi Tanta, dan Universiti Zaqazir telah mengambil jurusan pengajian berlainan iaitu seramai 5,184 orang pelajar mengambil jurusan dalam bidang perubatan, dan seramai 6,135 orang pelajar mengambil jurusan pelbagai pengajian Islam.
            Langkah bijak telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam pergolokan politik di Mesir dengan menjalankan operasi ‘Ops Piramid’ yang telah dikendalikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),dan bersama- sama dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk menyelamat rakyat Malaysia di Mesir dalam masa yang singkat.
Sebelum operasi bermula, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM ) telah hantar tiga buah pesawat Hercules,MAS dan AirAsia untuk bawa keluar rakyat Malaysia yang terperangkap dari Mesir.Banyak kekecohan telah belaku di lapangan terbang Kaherah, sewaktu proses permindahan rakyat Malaysia ke Jeddah telah menyebabkan segala proses permindahan menjadi sukar.
Oleh itu,langkah selamat telah diambil oleh TUDM dengan membuat 18 kali penerbangan sehari dari Mesir ke Jeddah, untuk melancarkan proses penerbangan  malah ia  lebih selamat. Setelah  keluar semuanya  rakyat Malaysia dari Mesir,kapal  terbang TUDM  selamat membawa pulang rakyat Malaysia dengan lebih teratur dan “Ops Piramid” ini telah berakhir dengan jayanya apabila kumpulan terakhir yang membabitkan 96 penuntut Malaysia  selamat tiba di Tanah air.
Berjalannya operasi menyelamat rakyat Malaysia di Mesir ini, merupakan satu tanggungjawab penting bagi Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak bersama- sama badan kerajaan yang lain baik secara langsung atau tidak langsung telah  menyenangkan hati semua  pihak, terutamanya ibu bapa kepada penuntut Malaysia yang risaukan keselamatan anak mereka di Mesir.
Mahasiswa yang menuntut di IPT Malaysia turut prihatin dengan masalah yang berlaku di Mesir sekarang.Rata- ratanya rakyat Malaysia yang menetap di Mesir sekarang, terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi yang masih menutut ilmu dalam pelbagai bidang, sama ada dalam bidang perubatan, ekonomi,dan pengajian Islam.Golongan mahasiswa inilah  yang menjadi tulang belakang negara bersama mahasiswa di Malaysia, sama- sama berganding bahu untuk memajukan negara pada masa hadapan.
Keprihatinan dalam masalah ini, menjadikan kami mahasiswa Malaysia  tidak putus –putus berhubung dengan  mahasiswa di Mesir yang merupakan teman- teman baik,melalui pelbagai kemudahan komunikasi, sama ada membuat pangilan telefon, menghantar Pesanan Ringaks (SMS), dan berhubung melalui internet dengan menggunakan rangkaian laman sosial seperti  facebook, Skype ,Twitter dan e-mel demi  mengetahui  khabar berita  keadaan mereka di Mesir  sebelum tiba pulang ke Tanah air.
Oleh itu, usaha kerajaan Malaysia dalam menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir, wajar sekali diberi perhargaan dan pujian kerana bertindak cepat demi menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia di Mesir.Usaha ini bukalah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan, malah ia memerlukan banyak  peruntukan kewangan untuk membawa  pulang lebih 11,000 orang rakyat Malaysia dengan menggunakan beberapa buah kapal terbang dalam masa yang singkat.
Walaupun masih ada sebilangan rakyat Malaysia di Mesir yang tidak mahu pulang ke Tanah air, namun,pihak Kedutaan Malaysia di Mesir, masih menjejaki mereka dengan memberi  keperluan asas seperti makanan, gas, wang bantuan, dan sebagainya, demi sikap prihatin mereka terhadap rakyat Malaysia di sana.
Oleh itu, wajar sekali  diucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada Perdana Menteri kita , Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kakitanganya yang lain bekerja memastikan usaha 'Ops-Piramid" ini berjalan lancar.Kami  rakyat Malaysia, khususnya ibu bapa penuntut  dan mahasiswa IPT Malaysia sangat terhutang budi dengan usaha  yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini dengan baik .Hanya ALLAH SWT sahajalah yang akan membalas segala jasa sekali.
  Mahasiswi Bitara,
  Nor Syakinah Bt.Roslan 
 Tahun kedua , UPSI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan