Sabtu, 23 Oktober 2010

Cerpen Cahaya Syurga



Gelap.Nurul Jannah merenung di sekitar bilik itu. Dia tidak tahu kenapa dia berada dibilik tersebut. Dia keseorangan dan berjalan-jalan disekitar bilik. Tiba-tiba, dia melihat ada dua orang rakan baiknya iaitu Rina dan Amir berada di bilik tersebut. Mereka  sedang membaca Yassin untuk seseorang. Kenapa mereka tidak sedar akan kehadiranku? Dia tertanya-tanya siapa orang yang sedang ditutup keseluruh tubuhnya seperti orang yang telah meninggal dunia. Dia terus membuka kain untuk melihat dan alangkah terperanjatnya bahawa orang tersebut adalah dirinya sendiri.  Dia sangat takut.
“Ya Allah, Astagfirullahilazim....”Nurul Jannah terbangun daripada tidurnya. Rupa-rupanya,dia telah bermimpi. Dia terus menangis teresak-esak. Mungkin ini adalah petunjuk untuk dia atas kesilapan yang telah dia lakukan.
“Kenapa, Jannah? Awak ok?”Tanya Rina,kawan sebiliknya merangkap kawan baiknya. Rina berasa risau melihat  Jannah yang sedang menangis.
“Tidak ada apa-apa. Mimpi je”. Katanya. Jannah tidak mampu menceritakan apa yang dia rasakan tika ini.
“Mimpikan hanya mainan tidur. InsyaAllah tak ada apa-apa pun. Sebelum tidur baca doa terlebih dahulu tau untuk jadikan sebagai pendinding bagi diri kita” nasihat Rina kepada Jannah. Jannah hanya senyap sepi.
Rina pun kembali ke tempat  tidur semula. Sebaliknya, Nurul masih memikirkan mimpi tadi. Dia berasa takut. Segera ini, Nurul teringat kisah silamnya yang penuh dengan dosa dan kehinaan.
“Wah,syok betul tempat ni. Boleh joget, berhibur, nyanyi. Hilang tension aku. Bagusla kau. Betul-betul memahami”. Kata Jane kepada Zack. Nama Jane merupakan panggilan rock Jannah. Jannah tidak suka orang memanggilnya Jannah. Geli katanya.
“Biasa la.siapa tak kenal Zack. Tempat ni dah macam rumah kedua aku. Memang best lepak sini”. Kata Zack dengan senyuman. Lampu berwarni-warni memancar ke tempat itu. Tempat itu di penuhi dengan manusia yang tidak bermoral dan hancur.  Jane sedang rancak menari dengan entah siapa sambil menghisap rokok.
Jane selalu pulang lewat ke asrama. Dia selalu di tegur oleh pak cik jaga yang menjaga kawasan asrama di kolej tempat Jane belajar. Walaupun sudah beberapa kali ditegur, Jane tetap buat tidak tahu seolah-olah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Semasa Jane masuk ke bilik, dia melihat Rina sedang menunaikan solat sunat. Rina menegur Jane setelah usai menunaikan solat sunat.
“Awak baru pulang? tanya Rina.
“Kau tak nampak ke? Soalan Rina tidak dijawab malah pertanyaan yang dibalas sambil mencampakkan jaketnya ke atas katil. Dia terus merebahkan diri.
“Dah solat isyak? Tanya Rina lagi.
“Kau sibuk apa pasal. Suka hati aku la. Hidup aku. Kau jangan nak campur urusan aku. Kau nak sembahyang, sembahyang je lah”. Jane memarahi Rina. Rina hanya diam dan bersabar dengan kata-kata tersebut. Rina hanya mampu menggeleng kepala melihat sikap Jane yang seperti hilang arah tuju.
Begitulah kehidupan Jane setiap malam. Hanya tahu membuang masa dan berseronok sahaja sehingga mengabaikan pelajaran. Kadang-kadang, Jane tidak pergi ke kelas. Dia hanya tahu tidur sepanjang masa kerana kepenatan akibat pulang lewat. Pelajaran Jane semakin hari semakin merosot dan dia sudah beberapa kali mendapat surat amaran daripada pihak kolej. Tetapi, Jane memandang dengan sebelah mata sahaja kerana dia tahu ibu bapanya boleh menyelesaikan. Telefon Jane menjerit-jerit untuk diangkat.
“Hello, mama. Ada apa telefon pagi-pagi ni?. Jane mengantuk la”. tanpa memberi salam, Jane menyapa ibunya dengan suara yang agak serak-serak dan seperti orang mamai.
“Apa?mengantuk? Kenapa tidak pergi kuliah? Pergi mana semalam?. Bermacam-macam soalan yang ditanya oleh Datin Maria. Dia berasa berang dengan perangai anaknya yang tidak pernah mahu mendengar nasihatnya.
“Ala mama nih...Bising je pagi-pagi nih. Orang nak tidur ni, kacau pulak”. Balas Jane.
“Mama tak kira. Bangun sekarang dan pergi kelas. Nak jadi apa nih”. Datin Maria berkata dengan suara yang tegas. Jane pun terus mematikan talian telefon kerana bosan mendengar mamanya berleter. Sakit telinganya seperti dipanah kilat.
Kemarahan Datin Maria semakin memuncak. “menyusahkan aku je si Jane nih. Nasib baik sorang je anak aku”. Ngomel Datin Maria dalam hati.  Mungkin perkara ini terjadi disebabkan penceraian mama dan papanya. Jane berasa tertekan kerana kedua orang tuanya asyik bergaduh dan bertengkar. Mama Jane seorang yang menjaga standard dan hanya sibuk bekerja sebagai tauke butik sehingga kadang-kadang membiarkan hidup Jane terkontang-kanting. Ibu bapanya juga tidak pernah mengajar berkenaan dengan agama dan Jane sendiri tidak pernah melihat orang tuanya menunaikan sembahyang apatah lagi mempraktikkannya. 

***
“Baik kelas. Masa pun hampir tamat. Ada apa-apa soalan yang kamu semua masih tidak faham lagi? Silakan tanya”. Tanya pensyarah yang mengajar mata pelajaran pendidikan moral itu.
Tiba-tiba, pintu kelas itu terkuak dengan rakus. Semua pelajar menolah ke belakang den melihat Jane baru masuk ke kelas. Dengan gaya jalan macam orang lelaki, berpakaian pun seperti lelaki dengan memakai jaket, seluar, dan berambut pendek datang ke kelas.
“Kenapa datang lambat lagi? Tidak berminat nak belajar lagi? kalau tak, berhenti sahaja belajar. Tak payah nak menyusahkan orang lain”. Terjah pensyarah tersebut kepada Jane. Sakit telinga Jane mendengarnya. Semua orang memandang ke arahnya.
“Ala En. ni suka hati saya la. Saya yang nak belajar, duit saya. Langsung tidak ada kena mengena dengan En”. balas Jane dengan kata-kata yang sombong dan terus duduk di sebelah Rina.
“Ok. Ada apa-apa soalan? Tanya lagi kepada pelajarnya kerana tidak mahu bertengkar dengan Jane yang memang tiada adabnya.
“tidak ada, En.”. Serentak pelajarnya menjawab.
“Minggu depan kita sambung dan berjumpa lagi. Harap kamu semua dapat siapkan tugasan yang saya berikan tepat pada waktunya”.   Kata pensyarah tersebut sambil melangkah ke muka pintu.
“Kenapa awak lambat datang kelas? Tadikan saya sudah kejut Jannah sebelum pergi ke kelas”. Tanya Rina kepada Jannah selepas tamat kuliah.
“Bangun lambat. Mengantuk la”.
“Lepas ini, awak nak pergi ke mana? Saya nak ke perpustakaan cari bahan. Nak ikut?”. Tanya kepada Rina kepada Jannah lagi.
“Pergilah. Aku nak pergi lepak dengan kawan-kawan aku. Bosanlah pergi perpustakaan. Nanti carikan bahan untuk aku dan salinkan nota kau sekali. Aku nak. Kalau kau tak buat, siap!Kata Jannah dengan selamba. Dia pun berlalu begitu sahaja. Jannah tahu yang Rina akan buat apa yang dia suruh kerana Rina seorang kawan yang sangat baik dan lembut. Dia suka mengambil kesempatan terhadap Rina. Rina hanya bersabar dan berdoa agar pintu hati Jannah akan terbuka untuk berubah ke arah kebaikan. Rina juga sudah berkali-kali menasihatinya tetapi Jannah tetap tidak berubah.
“Ops...maaf. saya tidak sengaja”. Kata seorang lelaki ini kepada Jannah sambil mengutip bukunya yang bertaburan di lantai walaupun sebenarnya Jannah yang bersalah kerana hendak cepat semasa menuruni tangga.
“Sakitlah. Apa maaf-maaf!. Kau buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Kalau nak jalan tu, lain kali pandang kiri kanan”. Tanpa meminta maaf, Jannah memarahi lelaki tersebut  dengan menggunakan perkataan yang kasar sambil mengusap-usap bahunya.
“Cik ada cedera apa-apa ke? Nak saya bawakan ke klinik?”. Tanpa mengendehkan kata-kata Jannah sebentar tadi, lelaki tersebut tetap hormat kepada Jannah.
“Tak payah. Tunjuk baik konon”. Balas Jannah dengan membuat mimik muka menyampah. Dia pun segera berlalu dari situ kerana kawan-kawannya sudah lama menunggu di luar. Lelaki tersebut hanya memandang langkah Jannah tanpa berkata apa-apa lagi. Terdetik hati Jannah, tiba-tiba dia merasakan ada satu perasaan yang aneh muncul dalam dirinya. Dia berasa tenang melihat muka lelaki itu. ‘ish...tak kan aku jatuh cinta kat dia kot. Macam Tok Imam je. Tak nak aku’. Hatinya berkata sendirian.
“Kau ni. Asyik lambat je. Kita orang nak pergi tempat best ni. Nasib kita orang tak tinggal kan kau”. Kata Roy kepada Jannah dengan nada suara yang tidak berpuas hati.
“Ala ko ni. Relaks la. Tadi ada mamat tu langgar aku la. Apalagi jom la. Aku dah sampai ni. Bak sebatang rokok dulu. Tak sempat nak beli lah”. Balas Jannah.
“Kau ni memang, kedekut. Mak bapak kaya. Kikislah. Bila lagi. Nak amik rokok. Lepas ni kau belanja aku”. Kata Roy dengan tersengih-sengih seperti kerang busuk. Selepas itu, mereka merempit dan terus memecut laju. Jannah membonceng motor dengan Roy. Begitulah kehidupan Jannah yang sentiasa membuang masa dan tidak melaksanakan perintah Allah.


***
Ketika itu juga, Jannah teringat bagaimana dia mula berkenalan dengan lelaki yang pernah langgar sebelum ini, iaitu Amir. Amir lah yang telah menyelamatkan dan membantu dia. Kini dia sangat menyayangi Amir.
“Ya Allah....kenapa ni? Apa terjadi nih?”. Amir melihat seorang perempuan telah pengsan di atas rumput berdekatan dengan surau. Kebetulan, Amir baru hendak pulang dari surau selepas tamat menghadiri kuliah agama. Amir berasa risau dan meminta sekumpulan perempuan membawanya ke surau tersebut. Amir terpaksa menyentuh seraut wajah itu ketika hendak menyapu air yang telah dibaca dengan kalimah suci untuk menyedarkan perempuan itu.  Perempuan itu seolah-olah sedang meracau.
“Aku kat mana ni? Siapa kau? Buat apa kat sini?”. Tanya Jannah bertubi-tubi. Kepalanya masih terasa sakit lagi akibat terlalu penat dan berjoget. Ketika Jannah bangun, dia terdengar suara orang membaca Al-Quran dengan suara yang lunak dan merdu. Dia sungguh terpegun. Amir hanya tersenyum melihat kekalutan Jannah.
“jangan risau. Awak selamat di sini. Tadi saya jumpa awak pengsan di depan tu. Saya bawa awak ke sini”. Kata Amir dengan tata tertib. Hati Jannah berasa sejuk dan tenang ketika berada di dalam surau. Dia merasakan seolah-olah berada di dunia lain yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Kalau tidak, sebelum ini, dia selalu rasa gelisah, tidak tenang, dan berserabut. Kali ini berbeza perasaannya apatah lagi bersama dengan lelaki itu yang bersih mukanya seperti diterangi cahaya. Tenang sekali dia kala itu.
Bermula daripada peristiwa itu, Jannah mengenali lelaki tersebut. Mereka berkenalan antara satu sama lain. Barulah Jannah tahu bahawa lelaki itu sekelas dengannya dan lelaki itulah yang telah dia langgar dulu. Amir juga seorang yang kuat pegangan agamanya. Walau bagaimanapun, Amir tetap berkawan dengan Jannah.
“Kalau saya tanya satu soalan boleh? Saya harap awak tidak salah faham dengan soalan saya”. Tanya Amir berbasi-basi kepada Jannah. Ketika itu, mereka beriringan keluar dari kelas. Amir memanggil Jannah dengan menggunakan namanya walaupun Jannah menyuruh memanggil Jane. Katanya, nama Jannah lagi cantik maksudnya iaitu syurga. Syurga adalah tempat yang diidam-idamkan oleh semua orang Islam kerana tempat itulah yang paling mulia di sisi Allah.
“Boleh. Apa dia?”. Sejak daripada peristiwa itu, mereka menjadi kawan baik. Jannah berasa damai apabila bersama dengan Amir. Kawan-kawannya terutama Roy pelik dengan sikap Jannah yang tidak mahu keluar malam bersama mereka.
“Kenapa awak tidak memakai tudung?”. Tanya Amir dengan perlahan. Jannah berasa sangat terkejut dengan soalan tersebut tetapi dia tidak marah. Tiada seorang pun yang pernah berani menanya soalan sebegitu walaupun keluarganya. Jannah berasa sangat sebak kerana masih ada orang yang mengambil berat terhadap dirinya. Melihat Jannah tidak memberi respons, Amir pun menyambung kata-katanya lagi.
“ kalau awak nak tahu, menutup aurat ni wajib bagi orang Islam sama ada lelaki mahupun perempuan. Bagi aurat perempuan, bermula dari anak rambut sehingga hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan. Sebagaimana firman Allah:
 “dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mencampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali  yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali kepada suami mereka , atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang  beriman, agar kamu beruntung. (surah An-Nur:31)

Dengan ini menunjukkan menutup aurat memang sangat dituntut dalam Islam. Jika orang lain yang melihat aurat kita selain muhrim kita, maka kita akan mendapat  dosa. Keredhaan Allah juga sukar dicapai”. Panjang lebar Amir memberi nasihat. Jannah sudah berasa sebak dan air matanya gugur ke bumi juga. Dia menangis teresak-esak kerana tersentuh setiap patah perkataan yang diucapkan oleh Amir. Di berasa menyesal atas perbuatan yang lepas walaupun tidak di ketahui oleh Amir. Dalam hati, Jannah memohon agar diberikan petunjuk serta kemaafan dari-Nya.
Sejak dari itu, Jannah sudah berubah. Dia selalu membaca buku-buku agama di samping dibantu oleh Rina dan Amir jika dia tidak memahami sesuatu perkara. Dia sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan dua orang sahabat ini. Dia juga telah berubah menjadi seorang muslimat yang sejati dan melakukan perkara yang di suruh oleh Allah. Tudung juga sudah menjadi teman Jannah ke mana sahaja dia pergi. Walaupun keluarganya sangat terkejut dan membantah dengan perubahan Jannah, tetapi Jannah menganggap ia sebagi satu dugaan dalam hidup. ‘cantiknya awak mengenakan tudung’. Itulah kata-kata pertama yang lahir dari kata Rina.
Tiba-tiba, jam locengnya telah berbunyi pada pukul 4.30 pagi. Lantas mematikan lamunan Jannah sejak dari mimpi tadi. Dia pun segera bangun pergi mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat. Baru sahaja selesai mengejakan solat sunat dua rakaat, batuknya menyerang lagi. Batuknya tidak henti-henti. Peritnya dadanya kala ini. Dia melihat ada darah mengalir keluar dari mulutnya. Pada saat ini, dia teringat perbualannya dengan doktor yang membuat rawatan.
“Sejak bila awak mula menghisap rokok? Tanya doktor itu.
“Sejak saya berumur 12 tahun. Tapi sekarang, saya sudah berhenti. Kenapa, doktor?”. Tanya Jannah dengan perasaan yang cemas.
“Paru-paru awak telah rosak. Awak menghidapi penyakit paru-paru. Paru-paru awak telah hitam akibat menghisap rokok dalam jangka yang panjang.” Terang doktor itu. Jannah sangat terkejut dan berasa sangat sebak. Perbuatannnya telah memakan dirinya.
“Berapa lama saya boleh bertahan untuk hidup?” Tanya Jannah.
“Terpulang pada keadaan”.
Di kala ini, Jannah berteleku di atas sejadah dan memanjat keredhaan-Nya. Ya Allah, jika ini takdirku untuk hidup dalam masa yang singkat, aku redha. Kau lah yang mencipta dan mematikan umatmu. Mungkin, ini lah balasan Kau terhadap dosa-dosa ku yang lalu.  Kau lah yang lebih layak menentukan panjang pendek hidupku.
                                                                                                                      Karya : Nu'in


Lagu Insya Allah  : Maher Zain
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


Semoga Allah SWT sentiasa berada di sisi kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan