Khamis, 21 Oktober 2010

Dimanakah Barisan Anda ????

Suatu ketika , Muaz bin Jabal r.a menghadap Rasulullah SAWdan bertanya kepada baginda:" Wahai Rasulullah SAW ,tolong huraikan kepada ku mengenai firman Allah SWT " - Erti firmanNya; "Pada sangkakala ditiup , maka kau sekalian datang berbaris- baris " ( Surah al- Naba') ."

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan iar mata. Lalu menjawab : " Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yang amat besar bahawa umatku masing- masing dengan pembawaan diri mereka sendiri." Maka Rasulullah SAW menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan :

Barisan Pertama

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki . Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari Allah Yang Maha Pengasih : " Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya."


Barisan Kedua

Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan . Datanglah suara dari Allah SWT, " Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat."







Barisan Ketiga

Mereka berbentuk  keldai , sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. " Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat."

Barisan Keempat

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pencutan keluar dari mulut mereka." Mereka adalah ornag yang berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

Berisan Kelima

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.Ketika itu, Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar." Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia , tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT."

Barisan Keenam

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala  mereka terputus dari badan. " Mereka adalah orang menjadi saksi palsu."


Barisan Ketujuh

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut , mereka mengalir nanah dan darah. " Mereka itu adalah ornag yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran."

Barisan Kelapan

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. " Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasanya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

Barisan kesembilan

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan mata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh . " Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya."


Barisan Kesepuluh

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta ." Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.


Barisan Kesebelas

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan , bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar bereneka kotoran." Mereka adalah orang  yang meminum arak . Maka inilah belasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

Barisan Kedua belas

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar- sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titisan sirat sepeti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: " Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik.Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu,ketika meninggal dunia dalam keadaan taubat, maka inilah balasannya , dan tempat kembali mereka adalah syurga , mendapat keampunan , kasih sayang , dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.


Dimanakah barisan kita nanti ??? sama- samalah kita bermuhasabah diri,dan semoga kita sama- sama berada di balisan kedua belas untuk bertemu dengan kekasih hati iaitu ALLAH SWT....Sesungguhnya, janji- janji Allah itu adalah benar- benar belaka....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan