Sabtu, 30 April 2011

Bertugas Sebagai Ketua Editor Majalah Bagi Kelab Kewartawanan UPSI.

Majalah Rona Siswa ini diterbitkan sendiri oleh pelajar dari kelab kewartawanan UPSI. Segala berita dan program yang telah  dijalankan oleh  mahasiswa UPSI ditulis dalam majalah ini.Pelbagai informasi dan tips boleh diperolehi dalam majalah ini.Semoga usaha kami menerbitkan majalah ini memberi seribu ilmu pengetahuan kepada para pembaca di luar sana.Tapi majalah ini hanya dicetak satu naskah sahaja.....Di bawa adalah sebahagian daripada  paparan majalah RONA SISWA .




Zahar....wakil MPP UPSI 




Pesta kebudayaan di UPSI 












Tip untuk wanita 










aktiviti mahasiswa USPI


Suara ketua editor..


sidang redaksi  majalah RONA SISWA

Jumaat, 18 Mac 2011

Mahasiswa IPT Prihatin dengan Mahasiswa Malaysia Di Mesir

PENULISAN SURAT PEMBACA
  
Pergolakan  politik yang berlaku di Mesir benar- benar telah membuka mata seluruh dunia, termasuklah Malaysia sendiri  turut merasakan pergolakan ini.Pergolakan yang berlaku dalam kalangan rakyat Mesir disebabkan  desakan rakyatnya sendiri yang mahukan pemerintahan Hosni Mubarak yang bercorakkan “kuku besi”dibubarkan dengan serta – merta dari pentadbiran  negara Mesir.Gelombang kebangkitan rakyat Mesir  bersuara melaungkan perletakan Hosni Mubarak terus berkumandang melalui demonstrasi di sepanjang jalan ibu kota  Kaherah Mesir. 
Sepanjang tempoh 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak, pelbagai isu yang telah timbul dalam negara Mesir antaranya, kadar kemiskinan di negara itu masih tinggi, harga makanan mengalami kenaikan  dan kadar pengangguran semasa pula mencapai hampair 10 peratus. Ini bermakna sepanjang pemerintahan Hosni Mubarak, rakyatnya tidak diambil peduli,tiada pembelaan, sehingga kegelisahan rakyatnya dimanifestasikan melalui demonstrasi massa.
Perbuburan Hosni Mubarak dalam pemerintahannya di Mesir, turut disuarakan oleh seorang tokoh ulam dan sarjana Islam tersohor Mesir iaitu, Dr.Yusuf al-Qardawi meminta pemimpin Mesir tersebut melepaskan jawatannya demi menyelamatkan Mesir daripada terus berada dalam kancah pergolakan.
            Sepanjang perberontakan berlaku di Mesir,rata-ratanya rakyat  asing yang berada di Mesir telah dihantar pulang oleh kerajaannya masing- masing dengan menaiki kapal terbang dari kerajaan mereka. Kerajaan Amerika Syarikat dan China memulakan dahulu  operasi menghantar pulang rakyatnya sendiri dengan kapal terbang milik mereka.Kerajaan Malaysia turut mengikut jejak langkah negara lain iaitu dengan menjalankan operasi mengeluarkan rakyat Malaysia yang berjumlah  11,319 orang  untuk dibawa  pulang ke Malaysia demi keselamatan nyawa .
            Rata- ratanya rakyat Malaysia yang tinggal di Mesir terdiri daripada  penuntut-penuntut dari beberapa Universiti terkemuka di Mesir seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Cairo, Universiti Mansoura,Universiti Ain Shams, Universiti Iskandariah, Univeristi Tanta, dan Universiti Zaqazir telah mengambil jurusan pengajian berlainan iaitu seramai 5,184 orang pelajar mengambil jurusan dalam bidang perubatan, dan seramai 6,135 orang pelajar mengambil jurusan pelbagai pengajian Islam.
            Langkah bijak telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam pergolokan politik di Mesir dengan menjalankan operasi ‘Ops Piramid’ yang telah dikendalikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),dan bersama- sama dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk menyelamat rakyat Malaysia di Mesir dalam masa yang singkat.
Sebelum operasi bermula, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM ) telah hantar tiga buah pesawat Hercules,MAS dan AirAsia untuk bawa keluar rakyat Malaysia yang terperangkap dari Mesir.Banyak kekecohan telah belaku di lapangan terbang Kaherah, sewaktu proses permindahan rakyat Malaysia ke Jeddah telah menyebabkan segala proses permindahan menjadi sukar.
Oleh itu,langkah selamat telah diambil oleh TUDM dengan membuat 18 kali penerbangan sehari dari Mesir ke Jeddah, untuk melancarkan proses penerbangan  malah ia  lebih selamat. Setelah  keluar semuanya  rakyat Malaysia dari Mesir,kapal  terbang TUDM  selamat membawa pulang rakyat Malaysia dengan lebih teratur dan “Ops Piramid” ini telah berakhir dengan jayanya apabila kumpulan terakhir yang membabitkan 96 penuntut Malaysia  selamat tiba di Tanah air.
Berjalannya operasi menyelamat rakyat Malaysia di Mesir ini, merupakan satu tanggungjawab penting bagi Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak bersama- sama badan kerajaan yang lain baik secara langsung atau tidak langsung telah  menyenangkan hati semua  pihak, terutamanya ibu bapa kepada penuntut Malaysia yang risaukan keselamatan anak mereka di Mesir.
Mahasiswa yang menuntut di IPT Malaysia turut prihatin dengan masalah yang berlaku di Mesir sekarang.Rata- ratanya rakyat Malaysia yang menetap di Mesir sekarang, terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi yang masih menutut ilmu dalam pelbagai bidang, sama ada dalam bidang perubatan, ekonomi,dan pengajian Islam.Golongan mahasiswa inilah  yang menjadi tulang belakang negara bersama mahasiswa di Malaysia, sama- sama berganding bahu untuk memajukan negara pada masa hadapan.
Keprihatinan dalam masalah ini, menjadikan kami mahasiswa Malaysia  tidak putus –putus berhubung dengan  mahasiswa di Mesir yang merupakan teman- teman baik,melalui pelbagai kemudahan komunikasi, sama ada membuat pangilan telefon, menghantar Pesanan Ringaks (SMS), dan berhubung melalui internet dengan menggunakan rangkaian laman sosial seperti  facebook, Skype ,Twitter dan e-mel demi  mengetahui  khabar berita  keadaan mereka di Mesir  sebelum tiba pulang ke Tanah air.
Oleh itu, usaha kerajaan Malaysia dalam menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir, wajar sekali diberi perhargaan dan pujian kerana bertindak cepat demi menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia di Mesir.Usaha ini bukalah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan, malah ia memerlukan banyak  peruntukan kewangan untuk membawa  pulang lebih 11,000 orang rakyat Malaysia dengan menggunakan beberapa buah kapal terbang dalam masa yang singkat.
Walaupun masih ada sebilangan rakyat Malaysia di Mesir yang tidak mahu pulang ke Tanah air, namun,pihak Kedutaan Malaysia di Mesir, masih menjejaki mereka dengan memberi  keperluan asas seperti makanan, gas, wang bantuan, dan sebagainya, demi sikap prihatin mereka terhadap rakyat Malaysia di sana.
Oleh itu, wajar sekali  diucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada Perdana Menteri kita , Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kakitanganya yang lain bekerja memastikan usaha 'Ops-Piramid" ini berjalan lancar.Kami  rakyat Malaysia, khususnya ibu bapa penuntut  dan mahasiswa IPT Malaysia sangat terhutang budi dengan usaha  yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini dengan baik .Hanya ALLAH SWT sahajalah yang akan membalas segala jasa sekali.
  Mahasiswi Bitara,
  Nor Syakinah Bt.Roslan 
 Tahun kedua , UPSI.

Berpuisi dalam Gerabak Kereta api

TANJONG  MALIM : Seramai 40 orang mahasiswa dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi,Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak telah mengikuti satu program yang telah dianjurkan oleh Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia iaitu “Program Membaca 1 Malaysia, Jauh Perjalanan, Luas Pengetahuan siri ke-2” yang telah dijalankan di KL Sentral pada hari Sabtu, bersamaan 29 Januari 2011.Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia iaitu YB Dato’ Joseph Salang.Sesungguhnya, program ini telah mendapat sokongan kuat daripada Perpustakaan Negara Malaysia, Kereta api Tanah Melayu (KTM), angkawasan Negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor serta mahasiswa  dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Menurut  Timbalan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia , YB Dato’ Joseph Salang, “tujuan utama program ini dijalankan semperna melancarkan kempen ‘Bangsa Membaca,Bangsa Berjaya’ iaitu dengan  hanya  pemberian bahan bacaan  seperti buku dimasukkan ke dalam Bank Buku yang telah disediakan di KL Sentral masyarakat boleh membaca bahan bacaan  di situ, disamping memupuk sikap suka membaca dalam kalangan masyarakat, tidak kira  di mana sahaja berada , sama ada dalam kereta api atau di mana-mana jua,”katanya semasa merasmikan program Membaca 1 Malaysia, Jauh Perjalanan, Luas Pengetahuan siri ke-2  di KL Sentral.
Manakala, aktiviti mendeklamasikan puisi 1 Malaysia dalam gerabak kereta api,telah  disertai oleh mahasiswa dari Universiti Pendidirkan Sultan Idiris, bersama Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia,YB Dato’ Joseph Salang dan pensyarah dari  Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri  iaitu Prof. Madya Dr. Dato’ Paduka Mohd Rosli Saludin.Terdapat dua destinasi untuk  mendeklamasikan  puisi 1 Malaysia yang  bermula  dari KL Sentral  hingga ke Tanjong Malim kemudiannya dari Tanjong Malim ke Ipoh.Seramai 20 orang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris  telah  mendeklamasikan puisi  dari KL Sentral yang bermula pada pukul 9 pagi dan tamatnya  di Tanjong Malim pada pukul 12 tengahari. Manakala, seramai 20 orang lagi mahasiswa telah deklamasikan  puisi  dari Tanjong Malim ke  Ipoh tanpa henti.
Sepanjang perjalanan program dalam kereta api, peserta yang terlibat  dalam mendeklamasikan puisi 1 Malaysia, telah mendeklamasikan puisi  hasil dari karya mereka sendiri yang berkonsepkan 1 Malaysia.YB Dato’ Joseph Salang bersama – sama pensyarah  dari Universiti Pendidikan Sultan Idris  iaitu Prof. Madya Dr. Dato’ Paduka Mohd Rosli Saludin turut terlibat dalam mendeklamasikan puisi dalam gerabak kereta api tersebut.
Antara aktiviti sampingan yang berlaku dalam gerabak sepanjang program ini iaitu, berjalannya pertandingan bercerita yang telah disertai oleh kanak- kanak dari ahli Perpustakaan Negara Malaysia, dan aktiviti membaca bahan bacaan yang  telah disediakan dalam Bank Buku atau  dibawa sendiri oleh mereka.Salah seorang peserta deklamasi puisi 1 Malaysia ,iaitu Nor Ashikin, telah berkata,“ program ini mendatangkan memberi banyak faedah kepada masyarakat untuk memupuk sikap suka membaca di mana- mana sahaja berada, baik dalam kereta api mahupun di pusat beli -belah, di samping itu, program ini dapat  menghidupkan budaya kesusasteraan Melayu  iaitu  mendeklamasikan  puisi di mana- mana berada”.katanya.