Sabtu, 30 Oktober 2010

Diari Semasa Briged Bomba & Penyelamat UPSI

Tanggal 30/10/10 bersamaan dengan 22.Zulkaedah 1431H , pada hari Sabtu berlansungnya satu majlis yang penuh bersejarah dalam hidupku sepanjang tempoh menutut ilmu  di UPSI ini. Nama majlis tersebut ialah Majlis Penyerahan Watikah Briged Bomba & Penyelamat , Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Seramai 88 orang ahli Briged Bomba & Penyelamat II menghadirikan diri untuk menjayakan majlis penyerahan watikah tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Latihan daripada Balai Bomba& Penyelamat Kapar . Selain itu , Ketua Balai dan Pegawai Bomba  daripada Balai Bomba Tanjong Malim, serta Tenaga Pengajar Briged Bomba & Penyelamat UPSI.
Seawal jam 8.00 pagi, ahli briged bomba telah membuat persediaan rapi  perbarisan untuk majlis tersebut . Berpakaian uniform  coloreng , jelas terpancar semangat kebombaan dalam diri masing – masing .Semasa berbaris untuk masuk ke medan , terukir senyuman dalam hati ini, kerana segalanya sudah berjaya ditempuhi dalam sesi pembelajaran Briged Bomba & Penyelamat UPSI.

Majlis Penyerahan Watikah Briged Bomba & Penyelamat UPSI

Bermula dari 0% dahulu tentang perkara berkaitan dengan kebombaan , tetapi sekarang sudah telah berubah kepada 100% setelah sudah menerima segala ilmu tentang kebombaan ini. Antara salah satu sesi pembelajaran yang mendatangkan satu peluang keemasan kepada diri ini iaitu cara penggunaan Breathing Apparatus, lebih dikenal sebagai Alat Penafasan yang digunankan dalam operasi menyelamatkan mangsa dalam asap yang tebal.Sesi pembelajaran ini memberi satu peluang kepada diriku untuk mencuba sendiri memakai alat penafaan tersebut. Disamping itu, yang amat gembira sekali , berpeluang memasang hose bomba dan dapat memadam kebakaran

seronok betul nak padam api .!!!

Perkhemahan Briged Bomba & Penyelamat UPSI
Perkhemahan bomba merupakan perkhemahan pertama kalinya dalam hidup sepanjang tempoh berada di UPSI ini. Kalau perkhemahan semasa sekolah ada juga masuk , tapi itu masa sekolah berbeza sikit dengan alam Universiti ini. Perkhemahan yang briged bomba anjurkan bertempat di Pasir Putih Kalumpang , Selangor. Perjalanan hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja untuk sampai ke kawasan tersebut. Tapi sangat penat, kerana perlu berjalan kaki sendiri untuk  masuk ke kawasan perkhemahan yang mengambil masa dalam 25 minit . Jauh juga hendak masuk ke jalan situ. Kawasan perkhemahan ini terletak dalam hutan yang mempunyai air terjun untuk mandi.Semasa perkhemahan bomba berlangsung , banyak aktiviti yang dilaksanakan .
Antaranya, walk night, merentas hutan , malam kebudayaan dan lain- lain.Aktiviti yang bergitu mencabar kepada diri ini iaitu walk night . Menariknya aktiviti ini, adalah berjalan dalam hutan pada pukul 12 tengah malam. Pada mulanya nampak mudah sahaja hendak lakukan , tapi , amat mencabar untuk berjalan dalam keadaan gelap , tanpa cahaya dari lampu suluh. Sewaktu melangkah kaki masuk ke dalam hutan bersama- sama rakan sepasukan lain, hati sudah berdebar kuat kerana takut apa- apa berlaku .

Sebelum mulakan  perjalanan ..doa pelindung diri dibacakan..

Namun , atas kerjasama dan dengar arahan daripada ketua kumpulan , segalanya berjalan denga lancar. Semasa berjalan dalam hutan tersebut , diri ini hanya memegang tali yang diikat pada batang pokok sahaja. Tanpa tali tersebut sudah tentu tidak jumpa jalan keluar. Semasa berjalan itu , berbagai- bagai rintangan seperti ranting- ranting pokok, kayu- kayu besar dan terdengar suara babi jadian pulak masa tu.Agak terkejut juga terdengar suara itu. Tapi ketua kumpulan kata jangan takut, buat biasa sahaja.Selepas 10 minit berjalan dalam hutan , barulah terjumpa jalan keluar .Dalam hati masa tu sangat bersyukur dapat terjumpa dalam keluar . Apa yang penting dalam aktiviti ini , belajar dengar arahan yang diberikan oleh ketua kumpulan.Apa- apa perkara yang berlaku perlu berkerjasama antara satu sama lain.
Satu lagi aktiviti yang sangat mencabar mental dan fizikal iaitu jungle treaking . Terdapat lima perhentian yang perlu dilalui Setiap perhentian perlu menjawab soalan dan menyiapkan tugasan yang diberi . Memang betul aktiviti ini. Aktiviti ini mengambil masa 4 jam untuk menyiapkan. Sebelum mula perjalanan , doa perlindung dibaca setiap orang bagi mengelakkan perkara buruk terjadi .Apa- apa pun semuanya atas ketentuan Allah SWT.


Berjalan dalam hutan tebal ...

Mendaki bukit yang tiada kesudahannya....amat letih sekali dengan tanah tebal 5 inci pada tapak kasut. Masa ini la kakiku kena pacat tanpa disedari.Laluan bukit yang penuh dengan tumbuh- tumbuhan yang liar , sehinggkan sukar hendak melaluijalan tersebut. Semasa mendaki bukit tersebuat, kaki sudah sama aras dengan paras dada...wohh..amat curam betul tanah bukit masa ini.Inilah pertama kali diriku mendaki bukit yang tinggi sehingga peluh mencurah - curah bagaikan air sungai mengalir dalam badan.Cuma dalam fikiran itu kata terus mendaki lagi sehingga sampai kemuncak .Tapi jantung rasa macam hendak berhenti sahaja sewaktu itu.Rakan sepasukanlah yang banyak memberi sokongan untuk teruskan perjalanan ini.

Apa- apa pun perjalanan perlu diteruskan juga, pelbagai benda kami terserempak semasa mendaki bukit dalam hutan tebal. Antaranya terserempak dengan bangkai babi hutan yang baru mati dalam berapa minit sebelumnya.Tiada laluan lain yang kami terpaksa lalui , melainkan jalan terdapat bangkai babi hutan itu sahaja. Perasaan cemas menebal dalam diri setiap ahli pasukan kami.Apa- apa pun kami tertawakal kepada Allah SWT.Dalam keadaan hutan yang tebal , sungguh sukar mencari jalan yang perlu dilalui. Di satu persimpangan jalan , kami tersesat tidak berjumpa dengan lambang laluan bomba yang perlu dilalui. Masing - masing masa itu, berfikir sama- sama mencari jalan yang betul untuk tiba ke chek point seterusnya.




sesat ....mencari jalan benar...



Diriku hampir lemas semasa mengharungi sungai..di sini aku kehilangan sesuatu...


berjaya !!!! selamat mengharungi sungai...nice pic..



Chek point terakhir...kena cipta alat sendiri..


seronok..!!! perkhemahan Briged Bomba & Penyelamat UPSI

Di ucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah Briged Bomba & Penyelamat yang banyak memberi segala tunjuk ajar kepada diri ini.Semoga segala ilmu yang dipelajari, menjadi satu panduan dalam hidup , baik menjadi Guru di sekolah nanti.

2 ulasan: