Kenangan bersama rakan seimpian di depan SITC Universiti Pendidikan Sultan Idris . Dari kiri, ayen,saya (sya), shu, ara, jamilah , dan ,mimey.
Apa cita-cita anda ???? mungkin ada yang bercita-cita hendak menjadi pelakon, penyanyi, jutawan, polis , tentera dan sebagainya. Sewaktu dibangku sekolah ,setiap kali sesi pembelajaran bermula, sering kali , cikgu akan tanyakan kepada setiap murid dalam kelas , " apa cita- cita anda setelah dewasa nanti??" .Semasa itu, macam - macam lah jawapan yang dijawab oleh murid-murid tentang soalan itu. Bagi saya , pada masa itu, tanpa memikiran apa- apa, mulut ini hanya menjawab 'saya hendak menjadi seorang Jururawat , cikgu'. Apa sebabnya hendak menjadi seorang Jururawat???,kata cikgu.Lepas itu, saya pun menjawab, 'sebab saya nampak cantik bila melihat jururawat memakai baju seragam yang berwarna putih itu, dan lambang kain diatas kepala tu. Sebab tu la saya bercita- cita hendak menjadi Jururawat'.
Bila diingatkan kisah itu, memang sangat lucu. Sebab melihat pakaian seragam Jururawat yang berwarna putih itu la, diri sendiri pun teringin hendak menjadi jururawat bila dewasa nanti.Sebab ini tidak logik langsung. Namun , ini hanyalah cita-cita atau angan-angan semasa kecil. Tidak mustahil untuk menjadikan ia satu kenyataan pada masa depan kelak. Semua itu terserahlah pada impian dan keinginan hati masing- masing. Setiap manusia mempunyai cita- cita atau impian masing- masing dalam hidup. Adanya cita- cita , ia menjadi satu halu tuju dalam hidupan yang menjadikan kita giat berusaha dan berkejar- kejaran untuk mencapai cita- cita tersebut.
Sekarang usia sudah melangkah ke akhir alam remaja, iaitu dalam lingkungan 2+... tahun, segalanya sudah berubah. Fikiran sudah matang ,rupa sudah berubah , dan cita- cita pun berubah. Alam persekolaan sudah ditinggalkan jauh ke belakang ,tidak boleh diulang lagi. Yang berada dihadapan sekarang adalah masa hadapan yang masih jauh lagi perlu ditempuhi,demi mencapai fokus impian dalam hidup. Sewaktu melangkah ke alam Universiti, cita- cita dalam hidup sudah berubah.Namun, ia masih belum terlaksana lagi. Cita- cita yang baru terbit dalam hati semasa ini, ialah menjadi seorang guru.Memandangkan, diri ini melangkah ke alam Universiti yang bakal melahirkan Pendidikan kepada Modal Insan iaitu Guru , ia sedikit sebanyak sudah terputiknya minat dalam diri untuk menjadi GURU yang jauh lebih susah daripada cita- cita semasa kecil yang hendak menjadi seorang Jururawat .
Cita-cita sebagai seorang guru,mungkin ia bukanlah satu cita- cita yang diimpikan oleh semua orang. Segelintir bagi mereka , guru merupakan satu berkerjaan yang biasa sahaja dalam kehidupan ini. Sesiapa sahaja boleh menjadi Guru.Hanya menyampaikan serangkap ilmu , ia sudah boleh dianggap sesorang itu sebagai Guru.Namun, yang benar- benar diberi gelaran guru ini , perlulah bertauliah dan mempunyai kemahiran dalam menyampaikan ilmu untuk mendidik anak bangsa. Pekerjaan sebagai guru ini, perlu berdepan dengan modal insan iaitu manusia yang mempunyai akal fikiran, perasaan dan hati naluri. Ini sanggat berbeza dengan pekerjaan lain, jikalau doktor, hanya berdepan dengan pesakit sahaja, jika seorang juruwang , hanya berkerja dengan wang sahaja, jika petani , hanya berkerja dengan tumbuh- tumbuhan sahaja. Bagi guru, perlu berdepan dengan anak- anak bangsa yang bakal membina masa depan negara .Sebab itulah , pekerjaan sebagai guru ini sanggat unik,dan mulia.
Adanya, pendedahan yang secukupnya untuk menjadi seorang guru pada masa sekarang,ini mampu membina keyakinan dalam diri untuk menjadi seorang guru yang berjaya untuk membentuk modal insan yang disarankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Masa depan , segalanya boleh terjadi. Namun, impian menjadi guru kini , tetap terpahat dalam hati. Semoga ia akan menjadi satu kenyataan pada masa hadapan. Adanya suntikan niat yang murni dalam hati, sudah tentu mendapat keizinan dari Ilahi.
Kenangan bersama rakan sesama program Pendidikan Bahasa Melayu ,semester 3. Ini baru separuh sahaja yang dapat datang untuk ambil gambar . Ada separuh lagi rakan- rakan yang tidak dapat hadir semasa sesi bergambar.Apa- apa pun, semoga ikatan persahabatan kita kekal selamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan