TANJONG MALIM : Seramai 40 orang mahasiswa dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi,Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak telah mengikuti satu program yang telah dianjurkan oleh Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia iaitu “Program Membaca 1 Malaysia, Jauh Perjalanan, Luas Pengetahuan siri ke-2” yang telah dijalankan di KL Sentral pada hari Sabtu, bersamaan 29 Januari 2011.Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia iaitu YB Dato’ Joseph Salang.Sesungguhnya, program ini telah mendapat sokongan kuat daripada Perpustakaan Negara Malaysia, Kereta api Tanah Melayu (KTM), angkawasan Negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor serta mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Menurut Timbalan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia , YB Dato’ Joseph Salang, “tujuan utama program ini dijalankan semperna melancarkan kempen ‘Bangsa Membaca,Bangsa Berjaya’ iaitu dengan hanya pemberian bahan bacaan seperti buku dimasukkan ke dalam Bank Buku yang telah disediakan di KL Sentral masyarakat boleh membaca bahan bacaan di situ, disamping memupuk sikap suka membaca dalam kalangan masyarakat, tidak kira di mana sahaja berada , sama ada dalam kereta api atau di mana-mana jua,”katanya semasa merasmikan program Membaca 1 Malaysia, Jauh Perjalanan, Luas Pengetahuan siri ke-2 di KL Sentral.
Manakala, aktiviti mendeklamasikan puisi 1 Malaysia dalam gerabak kereta api,telah disertai oleh mahasiswa dari Universiti Pendidirkan Sultan Idiris, bersama Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia,YB Dato’ Joseph Salang dan pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Dato’ Paduka Mohd Rosli Saludin.Terdapat dua destinasi untuk mendeklamasikan puisi 1 Malaysia yang bermula dari KL Sentral hingga ke Tanjong Malim kemudiannya dari Tanjong Malim ke Ipoh.Seramai 20 orang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mendeklamasikan puisi dari KL Sentral yang bermula pada pukul 9 pagi dan tamatnya di Tanjong Malim pada pukul 12 tengahari. Manakala, seramai 20 orang lagi mahasiswa telah deklamasikan puisi dari Tanjong Malim ke Ipoh tanpa henti.
Sepanjang perjalanan program dalam kereta api, peserta yang terlibat dalam mendeklamasikan puisi 1 Malaysia, telah mendeklamasikan puisi hasil dari karya mereka sendiri yang berkonsepkan 1 Malaysia.YB Dato’ Joseph Salang bersama – sama pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Prof. Madya Dr. Dato’ Paduka Mohd Rosli Saludin turut terlibat dalam mendeklamasikan puisi dalam gerabak kereta api tersebut.
Antara aktiviti sampingan yang berlaku dalam gerabak sepanjang program ini iaitu, berjalannya pertandingan bercerita yang telah disertai oleh kanak- kanak dari ahli Perpustakaan Negara Malaysia, dan aktiviti membaca bahan bacaan yang telah disediakan dalam Bank Buku atau dibawa sendiri oleh mereka.Salah seorang peserta deklamasi puisi 1 Malaysia ,iaitu Nor Ashikin, telah berkata,“ program ini mendatangkan memberi banyak faedah kepada masyarakat untuk memupuk sikap suka membaca di mana- mana sahaja berada, baik dalam kereta api mahupun di pusat beli -belah, di samping itu, program ini dapat menghidupkan budaya kesusasteraan Melayu iaitu mendeklamasikan puisi di mana- mana berada”.katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan