Khamis, 14 Oktober 2010

Selamat Datang kepada semua manusia

Selamat datang kepada semua manusia yang melawat blog ini.Faktor yang menyebabkan tercetusnya untuk  menbuat blog ini ,kerana  melihat ramai dalam kalangan sahabat lain juga membuat blog. Jadi , tidak salah lah saya juga turut  meniru mereka membuat blog juga. Blog ini akan dijadikan sebagai satu batu lonjakan untuk berkongsi ilmu dengan seluruh manusia di dunia dan memantapkan seni penulisan  karya dalam diri sendiri.

Sebagai seorang mahasiswi  daripada  Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak, bergitu banyak cerita dan pengalaman sama ada manis atau pahit sepanjang hidup di Universiti ini  boleh dikongsi oleh pembaca sekelian. Mengambil Major Pendidikan Bahasa Melayu dan Minor Pendidikan Kesusasteraan Melayu , sudah tentu kemahiran mengarang dan  menghasilkan karya , perlu dititiberatkan dalam kehidupan.

Sejak dibangku sekolah lagi, minat untuk menghasilakn karya penulisan belum timbul lagi. Ini mungkin disebabkan banyak faktor yang timbul , menjadikan minat untuk berkarya tidak disemai dalam hati. Namun, semenjak melangkah kaki ke  alam Universiti ini, semakin lama semakin berputik dalam sanubari untuk menghasilkan karya penulisan ini. Tetapi pada masa itu, minat sudah terputik , namun, masih ketandusan idea dan tidak tahu cara mana untuk menyalurkan karya ini.

Sekarang , terciptanya blog " SUNTIKAN CINTA ILAHI " ini  , segala cetusan idea dan karya penulisan akan dipahatkan dalam blog ini. Apa-apa pun, semua ini akan berlaku dengan kehendak Ilahi.


SEKIAN ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan